‘Saya Susah Nak Bergaduh Dengan Sesiapa’-Ebit Lew [VIDEO]
‘Saya Susah Nak Bergaduh Dengan Sesiapa’-Ebit Lew [VIDEO]
Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang.”
Itu antara luahan rasa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air mata dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.
Kata Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew dalam video berkenaan, dia tidak suka untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun.
“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.
“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.
Ebit yang dianugerahkan Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin baru-baru memaklumlan lagi, kalau ada yang menghantar mesej bukan-bukan, dia tidak akan membalasnya.
“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.
“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.
Pada pengakhiran video tersebut, Ebit mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang.
“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.
“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.
VIDEO DIBAWAH:-
Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu yang ditindas Israel.
Kontroversi yang memalitkan nama Ebit itu timbul selepas penyanyi rap itu mendakwa ada banyak ‘rahsia’ di sebalik misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, selain memberi bayangan seolah-olah Ebit adalah punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.
Dia juga mendakwa tindakan Ebit memuat naik gambar kanak-kanak Gaza hanyalah untuk tujuan ‘content‘ di media sosial.
Dakwaan itu bagaimanapun telah disangkal pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan menerusi hantaran di Instagram.
“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.
“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL,” kata Arief.
Malah Arief memaklumkan pihak mereka juga menempuh jalan sukar untuk memasuki Gaza, dan terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum mendapat kebenaran.
‘Saya Susah Nak Bergaduh Dengan Sesiapa’-Ebit Lew [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery
- Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?
- Najib bela Ebit Liew
- Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat
- Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu
- Resepi Biskut Arab 3 Warna