RCI Tabung Haji termasuk ‘pelan pemulihan’ rejim PH

RCI Tabung Haji termasuk ‘pelan pemulihan’ rejim PH. Kerajaan tidak mengecualikan siasatan terhadap Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH tetap akan menyiasat pelan berkenaan yang membabitkan isu-isu kontroversi ketika TH di bawah pemerintahan PH sebelum ini, termasuk penjualan aset dan anak syarikatnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya menerima banyak aduan kekecewaan bahawa RCI yang ditubuhkan kerajaan dikatakan mengecualikan siasatan terhadap pelan pemulihan pada zaman PH.



Bagaimanapun, beliau berkata, kekeliruan itu telah dijelaskan oleh Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa skop siasatan RCI TH akan turut merangkumi langkah-langkah pemulihan yang dilaksanakan sehingga 2020.

“Pengecualian yang diberikan kepada Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang sedang dilaksanakan pada ini masa ini, seperti yang disebut dalam kenyataan media Timbalan Perdana Menteri pula sebenarnya merujuk kepada pelan baru yang sedang dilaksanakan di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak



“Kenyataan ini sama sekali tidak memberi pengecualian kepada Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH semasa zaman PH,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan PH sebelum ini dilihat lebih selesa mendedahkan tuduhan kegagalan TH kepada media, tetapi tidak mampu untuk memulakan pendakwaan jenayah kepada mana-mana individu.

“Strategi ‘blame game’ ini dilihat memberi impak buruk kepada keyakinan pendeposit dan menimbulkan keresahan kepada sebahagian besar umat Islam yang sayang kepada TH.

“Apa yang lebih menyedihkan, tidak banyak pelaburan baru yang dilaksanakan sehingga menjejaskan pendapatan dan juga agihan keuntungan kepada para pendeposit TH,” katanya.



Ahmad Marzuk berkata, kerajaan PN memilih pendekatan menyiasat semua dakwaan membabitkan TH, bermula tahun 2014 untuk mengembalikan keyakinan pendeposit dan memastikan agensi itu ditadbir dengan tujuan asal penubuhannya.

“Kerajaan hari ini konsisten dengan pendirian untuk meneruskan RCI kerana begitu banyak dakwaan-dakwaan yang tidak elok melibatkan aset-aset ummah.

“Hasil siasatan RCI ini sangat penting bagi membersihkan nama TH  dan mengembalikan semula keyakinan pendeposit kepada TH,” katanya.

RCI Tabung Haji termasuk ‘pelan pemulihan’ rejim PH



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib sekolahkan anak ‘Atok’, mari sini Ayah ajar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker