Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober

Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober. Kerajaan telah menempah lebih 76.1 juta dos vaksin kerana hanya vaksinasi kunci untuk memerangi wabak COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 70 peratus adalah daripada Pfizer-BioNTech, 23.4 peratus daripada Sinovac, 10 peratus Astrazaneca, 10.9 peratus daripada CanSino dan 10 peratus daripada fasiliti program Akses Sejagat Vaksin COVID-19 (COVAX). 

“Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah. Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober. 



“Baki selebihnya akan diterima antara bulan November 2021 hingga Januari 2022,” katanya dalam kenyataan, di laman Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, mengikut jadual asal, 80 peratus penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022, namun sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021.

“Kini, dengan penemuan varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat dengan mendadak, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi,” katanya.

Sejajar dengan itu, 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti. 



Sementara itu, di Sarawak pula, 100 peratus populasi dewasa akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

“Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir bulan Ogos 2021.

“Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70 peratus pada bulan September 2021. 100 peratus populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021. 

“Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari. Insya-Allah. Kita terus istiqamah,” katanya.



Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker