Tiga majlis Shuib, Watie dapat tajaan RM1 juta

Tiga majlis Shuib, Watie dapat tajaan RM1 juta

Majlis pernikahan pelakon, pelawak dan penyampai radio, Shuib pada 23 Jun ini bakal berlangsung secara sederhana tanpa majlis resepsi.

Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak termasuk pasangannya, Watie Hanifiah.

“Hanya ada majlis khatam al-Quran, berinai dan majlis akad nikah pada 23 Jun ini. Tiada majlis resepsi diadakan kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah.

“Majlis kami sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah ada pelamin. Jadi, dapatlah kami bergambar bersama keluarga.

“Watie belum pernah berkahwin dan ini juga perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak majlis menjadi satu kenangan indah buatnya.

“Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya pada sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sementara itu, Shuib turut mengumumkan majlis perkahwinannya itu turut mendapat penajaan mencecah lebih RM1 juta.

“Penajaan membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah busana dan barangan kemas.

“Tetapi, bukanlah semua ditaja sebab saya ada juga keluarkan wang sendiri,” ujarnya.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan terhad kepada 600 tetamu undangan sahaja.

Majlis juga akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. BH

Tiga majlis Shuib, Watie dapat tajaan RM1 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker