Covid-19 : 10710 kes baharu hari ini

Covid-19 : 10710 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan melaporkan 10,710 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 916,561.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 4,828.

Selepas lima hari berturut-turut melepasi angka 11,000, penularan baharu COVID-19 hari ini turun kepada 10,710 kes.

Daripada jumlah itu, lebih separuh kes dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur manakala Johor pula mencatatkan angka ketiga tertinggi hari ini.

Selangor menyaksikan penurunan sedikit kepada 4,828 berbanding 4,985 semalam manakala Kuala Lumpur pula melaporkan 945 kes (semalam 1,740 kes).

Johor daripada 625 kes semalam melonjak sedikit dengan 808 kes diikuti Negeri Sembilan (771 kes) dan Kedah (696 kes).

Negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pula menyaksikan Sabah mencatatkan 666 kes, Perak 9407 kes), Pahang (369 kes), Pulau Pinang (295 kes) dan Sarawak (261 kes).

Kelantan pula 146 kes, Terengganu (123 kes) dan terendah Perlis dengan lima kes.

Walaupun kes baharu masih tinggi, namun yang berada pada kategori 5 adalah di bawah satu peratus.

Ini seperti diterangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang berkata, walaupun semalam mencatatkan 12,541 kes COVID-19, tapi apa yang lebih penting, 98.2 peratus adalah kes tanpa gejala atau bergejala ringan iaitu kategori satu dan dua.

#Covid-19 : 10710 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker