Caprice terpaksa ambil ubat tidur

Misi jihad diganggu & hadap masalah seorang diri, Caprice terpaksa ambil ubat tidur

PENYANYI rap dan personaliti media sosial, Caprice membidas dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya mengalami masalah depresi.

Ia susulan pendedahan yang dibuat mengenai perselisihan faham yang dihadapinya dengan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berhubung isu misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Menerusi muat naik video di InstaStory, Caprice atau Ariz Ramli,33, situasi yang berlaku ketika ini tiada kaitan dengan masalah kesihatan seperti yang didakwa netizen.

Malah, tindakannya yang terpaksa mengambil ubat tidur dengan kerap bagi membantu untuk tidur, juga tiada kaitan dengan kemurungan sebaliknya ia disebabkan misi jihadnya diganggu pihak luar.

“Saya tidak boleh tidur dan beberapa minggu ini saya terpaksa ambil ubat tidur.

“Ramai cakap saya alami depresi dan kemurungan hingga perlu mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Sebenarnya, bagi saya ia bukan masalah depresi tetapi mungkin ada kaitan dengan jihad.

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini, tahu saya akan ‘naik gila’ bila ada cuba yang pertikai dan cabar jihad yang saya lakukan di Gaza dan Palestin.

“Saya mohon maaf kerana menjadi ‘gila’…ia berlaku disebabkan ada yang cuba menganggu jihad saya,” katanya.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir telah mencetuskan tanda tanya orang ramai apabila dikatakan bakal membuat pendedahan pada 21 Julai ini.

Walau bagaimanapun, Caprice baru-baru ini telah mencetuskan sensasi apabila berkongsi tangkap layar WhatsApp yang dihantar kepada Ebit Lew.

Menerusi mesej yang dihantar, Caprice mendedahkan dia telah menegur pendakwah itu selepas menerima banyak aduan daripada penduduk Gaza yang tidak menyukai cara Ebit dalam memberi bantuan.

Sementara itu, ujar Caprice lagi, dia sudah merancang untuk masuk ke Gaza bersama Ebit namun hasrat tersebut tidak terjadi disebabkan ada kekangan yang melibatkan individu berstatus ahli politik.

“Kami dah rancang nak masuk Gaza bersama tapi tak jadi sebab ada ahli politik yang masuk campur.

“Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan. Saya memang tengah sakit sebab lepas sebulan, saya terpaksa ‘telan’ semua masalah yang berlaku di Gaza seorang diri.

“Kemungkinan besar saya tidak dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada tangan dari luar yang tak mahu saya masuk,” luahnya.

Malah, difahamkan Ebit telah menyekat akaun Instagram Caprice.

Untuk rekod, Caprice terbang ke Mesir pada 23 Jun lalu bagi misi kemanusian di bumi bergolak Gaza, Palestin. Utv

Caprice terpaksa ambil ubat tidur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bela Ebit Liew

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker