Hishammuddin dikuarantin untuk kali keempat

Sebaran :

Hishammuddin dikuarantin untuk kali keempat

Menteri Kanan, Hishammuddin Hussein, kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

Status itu didedahkan Hishammuddin melalui satu komen di akaun Instagram.

Melalui kenyataan tersebut menteri luar itu meminta maaf kerana tidak dapat kembali ke kawasan parlimennya – Sembrong – untuk mengucapkan tahniah kepada dua pelajar yang mendapat keputusan 10A dan 11A dalam peperiksaan SPM mereka.

Sebaliknya Hishammuddin hanya dapat berkomunikasi dengan pelajar terbabit melalui panggilan video.

Anak bekas perdana menteri ketiga Malaysia itu merupakan ahli kabinet kedua dikuarantin dalam tempoh terbaru ini.

Pada Khamis Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa terlebih dulu menjalani kuarantin apabila seorang pegawai khasnya dikesan positif Covid-19.

Untuk Hishammuddin ia adalah kuarantin keempat yang dijalaninya kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 setakat ini.

Sebelum ini dia dikuarantin apabila seorang pegawai Wisma Putra didapati dijangkiti wabak tersebut pada Mei tahun lalu.

Kali kedua dia dikuarantin ialah pada 28 Sept tahun lalu apabila menjadi kontak rapat kepada seorang calon pilihan raya Sabah.

Awal bulan lalu Hishammuddin sekali lagi dikuarantin menyebabkan dia tidak dapat menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean-China di Chongqing, China. Mk

Hishammuddin dikuarantin untuk kali keempat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bela Ebit Liew


Sebaran :

Leave a Reply