Konvoi bawa mayat dirempuh lori, 17 maut

Gambar Hiasan

Seramai 17 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di timur wilayah Jiangxi, China, lapor beberapa media tempatan.

“Kemalangan itu telah meragut 17 nyawa selain 22 orang cedera. Mangsa-mangsa yang cedera dibawa ke hospital,” lapor stesen penyiaran tempatan, CCTV.

Kemalangan jalan raya itu berlaku sejurus sebelum pukul 1 pagi (waktu tempatan) di daerah Nanchang, hari ini.

“Punca kemalangan masih disiasat,” lapor CCTV.

Menurut laman berita Jimu, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori merempuh satu konvoi yang membawa mayat untuk pengebumian.

Seorang wanita yang dikenali sebagaiu Deng memberitahu Jimu bahawa konvoi tersebut sedang bergerak ke pusat pembakaran mayat pada awal pagi ini.

Ia kemudian dirempuh oleh sebuah lori dengan kebanyakan mangsa yang meninggal dunia dan cedera merupakan ahli konvoi tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Gong berkata, isterinya terbunuh dalam kemalangan itu dan mengesahkan mereka menghadiri majlis pengebumian.

“Lori terbabit secara tiba-tiba merempuh bahagian paling belakang konvoi, menyebabkan kenderaan yang menyertai konvoi itu saling berlanggar sehingga turut mengenai van mayat,” katanya.

Kira-kira sejam sebelum berita mengenai kemalangan itu diterbitkan, polis trafik daerah Nanchang mengeluarkan amaran kepada para pemandu bahawa kawasan tersebut mengalami cuaca berkabus.

“Jarak penglihatan untuk pemanduan adalah terhad dan berisiko menyebabkan kemalangan jalan raya. Sila beri perhatian kepada lampu, pandu dengan perlahan dan berhati-hati serta jarakkan kenderaan anda,” demikian menurut amaran tersebut. – AFP

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker