TMJ Beri Kata Semangat Buat Ustaz Ebit Lew
TMJ Beri Kata Semangat Buat Ustaz Ebit Lew
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat buat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL).
Tunku Ismail memberi respon berkenaan susulan Ebit mengucapkan terima kasih di atas khabar pemergian ayah penceramah itu yang meninggal dunia Selasa lalu akibat komplikasi kesihatan.
“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha.
“Teruskan membantu rakyat ustaz,”tulis Tunku Ismail menerusi platform Instagram miliknya malam semalam.
Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar dengan memuat naik jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya pengikutnya.
Tunku Ismail antara watak penting yang sering menyokong usaha dakwah Ebit serta membantu rakyat yang ditimpa kesusahan.
Kata-kata semangat yang dizahirkan Tunku Ismail dikatakan mempunyai kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.
“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulis Caprice sekurang-kurangnya 13 hantaran Instagram Stories petang semalam.
Menurut Caprice, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.
Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit.-K! ONLINE
TMJ Beri Kata Semangat Buat Ustaz Ebit Lew
Baca Artikel Menarik :
- TH berdepan beberapa risiko jika diletakkan di bawah BNM
- ok Mat kata pelan pemulihan negara perlu segera
- UMNO Kepentingan Pertiwi Diutamakan
- Janna tayang punggung, netizen yang panas
- Muka Selebriti Ini Selepas Buat Pembedahan Plastik…Beza Memang Berbeza
- Resepi asam pedas ekor terangkat