Covid-19 : 12528 kes baharu, Kedah lonjak tinggi

Covid-19 : 12528 kes baharu, Kedah lonjak tinggi

Kementerian Kesihatan melaporkan 12,528 jangkitan kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

JANGKITAN baharu COVID-19 seluruh negara terus melebihi 10,000 kes buat hari kelima berturut-turut.



Ia selepas setakat 12 tengah hari, kes pada hari ini mencatatkan sebanyak 12,528 penularan baharu.

Penularan yang dilaporkan bagaimanapun sedikit rendah hari ini berbanding 12,541 semalam.

Kes hari ini sekali gus menjadikan kumulatif jangkitan COVID-19 sejak pandemik itu melanda telah pun mencecah 905,851 kes.

Seperti kebiasaan, Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kes harian dengan sebanyak 4,985 jangkitan dilaporkan.



Walau bagaimanapun, jumlah itu berkurangan sedikit berbanding 5,512 jangkitan dikesan di Selangor semalam.

Baca artikel berkaitan: 12,541 kes baharu, hari keempat berturut lepasi angka 10,000

Pada masa sama, Negeri Sembilan turut mengalami penurunan kes baharu dengan 1,280 hari ini.

Namun begitu, penularan baharu di Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan kepada 1,740 kes.



Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu di Kedah dan Melaka juga mencatatkan lonjakan hari ini.

Sebanyak 701 kes baharu telah dilaporkan di Kedah manakala 569 di Melaka.

Beberapa negeri lain termasuk yang telah berada di Fasa Dua Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga merekodkan peningkatan.

Empat daripada lapan negeri yang berada dalam Fasa Dua PPN iaitu Sabah melonjak kepada 647 jangkitan hari ini sama seperti Pulau Pinang (396); Perak (428) dan Terengganu 177.



Empat lagi negeri Fasa Dua PPN iaitu Kelantan, Perlis, Sarawak dan Pahang pula masing-masing merekodkan sedikit penurunan.

Kelantan mencatatkan 211 kes; Sarawak sebanyak 388 kes dan Pahang 317 jangkitan.

Hanya satu kes dilaporkan di Perlis.

Berikut pecahan kes baharu mengikut negeri.



Sehingga 17 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 12,528 kes (905,851 kes).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Covid-19 : 12528 kes baharu, Kedah lonjak tinggi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker