MB Kedah langgar SOP, polis akan kompaun
MB Kedah langgar SOP, polis akan kompaun
Polis Pulau Pinang menerima arahan untuk mengeluarkan kompaun terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, dekat sini, bulan lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata arahan itu akan disampaikan kepada pejabat Menteri Besar dalam masa terdekat.
“Maklumat lanjut akan diberikan selepas arahan terbabit dipanjangkan kepada Menteri Besar.
“Kenyataan rasmi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan dikeluarkan selepas proses penyerahan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, beberapa portal melaporkan bahawa polis sudah menerima arahan untuk mengeluarkan kompaun ke atas Muhammad Sanusi atas kesalahan melanggar SOP dengan memandu uji kenderaan jenis pacuan empat roda ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.
Bagaimanapun, jumlah kompaun yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu tidak didedahkan.
Sebelum ini, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang dan polis masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan selanjutnya.
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Pada 5 Jun lalu, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan. BH
MB Kedah langgar SOP, polis akan kompaun
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas