Pemuda UMNO suarakan hak golongan M40



Pemuda UMNO suarakan hak golongan M40

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah bertemu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyuarakan keperluan golongan berpendapatan sederhana (M40) yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

Asyraf berkata, semasa pertemuan itu, beliau menerangkan mengapa rata-rata M40 meminta i-Citra dipercepatkan dan menaikkan kepada minimum RM10,000 secara penuh.

“Golongan M40 antara paling teruk terkesan akibat pandemik Covid-19 kerana ramai yang kehilangan pekerjaan dan dicutikan tanpa gaji serta perniagaan mereka lingkup.

“Golongan tersebut sering tertinggal dalam mendapat bantuan tunai dan apabila disuarakan baru diumumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC).




“M40 juga turut terbeban dengan pelbagai komitmen yang perlu dilangsaikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Menurut Asyraf Wajdi, ramai dalam kalangan M40 bekerja sendiri atau di syarikat swasta dan kebanyakan simpanan mereka hanya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pemuda UMNO suarakan hak golongan M40





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’



Leave a Reply

Your email address will not be published.