Bomba bantu urus jenazah obesiti 200 kilogram
Bomba bantu urus jenazah obesiti 200 kilogram. Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah melakukan khidmat membantu mengangkat jenazah seorang wanita obesiti yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, pihaknya mendapat maklumat bantuan daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) pada pukul 1.30 petang tadi.
Pihak bomba tiba di Tanah Perkuburan Dioh Besar dekat sini iaitu lokasi jenazah berusia 41 tahun dan seberat 200 kilogram itu dikebumikan, kira-kira 10 minit kemudian.
“Seramai tujuh orang anggota terlibat dalam khidmat menguruskan jenazah berkenaan dengan menggunakan teknik ‘lowering’ daripada tali ‘webbing’ sehingga jenazah masuk ke liang lahad.
“Ini merupakan kali kedua kami membantu pihak PKD dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah menguruskan jenazah Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bomba bantu urus jenazah obesiti 200 kilogram
Baca Artikel Menarik :
- Malaysia paling teruk dibadai Covid-19 di Asia Tenggara
- Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika – Salahuddin
- Puad Zarkashi kata UMNO perlu tegas pendirian pedulikan pemimpin ‘songsang’
- Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice [VIDEO]
- Diugut Sebar Video Dan Gambar Lucah, Lelaki Kerugian RM10,000
- Resepi nutella cheese tart memang sedap