“Makhluk Halus Pun Ikut SOP” – Tular Video Seram Yang Bestnya Komen Netizen Pula Bikin Pecah Perut [VIDEO]
“Makhluk Halus Pun Ikut SOP” – Tular Video Seram Yang Bestnya Komen Netizen Pula Bikin Pecah Perut [VIDEO]
Umum mengetahui disebabkan wabak Covid-19 yang semakin menular, pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal kadar kejangkitan dalam komuniti
Salah satunya adalah kita perlu mengimbas suhu dan QR code melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis. Ini adalah untuk mengelakkan orang yang mempunyai gejala memasuki premis lalu menjangkiti orang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila alat pengimbas suhu berbunyi dengan sendirinya di balai polis mencuri tumpuan netizen.
@naracuntiktok malam2 ada tamu tanpa diundang…tiga org sekali mai..🥴🥴🥴🥴🤧🤧🤧#esekeli #seram #fypシ #fypppppppppppppppp
Bunyi sebanyak 3 kali berturut-turut membuatkan situasi jadi seram
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cheqna57 di laman TikToknya, kelihatan dia yang merupakan seorang polis itu sedang bekerja shif malam di balainya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila rakaman videonya menunjukkan alat pengimbas suhu berbunyi sebanyak tiga kali walaupun tiada orang yang menghampirinya. Kejadian tersebut telah mengundang situasi takut dan seram.
Dengan video yang berkapsyenkan “malam-malam ada tamu tanpa diundang, tiga orang sekali mai” itu telah mencetuskan pelbagai komen di ruangan TikToknya.
“Hantu tetap hantu, tak kira kena ikut SOP juga, hantu nak buat laporan” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang meninggalkan komen lucu tentang makhluk ghaib tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.8M tontonan, 192K tanda suka, 7.8K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
“Makhluk Halus Pun Ikut SOP” – Tular Video Seram Yang Bestnya Komen Netizen Pula Bikin Pecah Perut [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok-olok lepas desakan Agong
- Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan
- Pembiayaan politik dan bendera putih
- Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion
- Tanah kubur abang aku masih merah lagi!
- Resepi Sandwich Tuna Pedas
Tujuh suspek kes bertumbuk direman tiga hari