Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP

Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP

PASIR PUTEH: ‘Harapkan pegar, pegar makan padi’, itu peribahasa tepat menggambarkan perilaku seorang bapa yang tergamak menjadikan anak gadis berusia 16 tahun sebagai pemuas nafsu di musim pandemik.

Lebih malang, suspek seorang buruh yang hilang kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didakwa merogol mangsa beberapa kali sejak tiga bulan lalu ketika isterinya keluar mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Berikutan itu, lelaki berusia 51 tahun tersebut ditahan di rumahnya di Kampung Merkang, di sini hari ini selepas polis menerima laporan dibuat oleh mangsa di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Azmir Damiri berkata, mangsa tinggal bersama kedua ibu bapanya serta tiga adik dan perbuatan keji itu dikatakan berlaku ketika isteri suspek keluar bekerja manakala anaknya yang lain masih tidur.

“Berdasarkan aduan, suspek menceroboh masuk bilik mangsa sebelum melempiaskan nafsunya dan kejadian ini dikatakan berlaku beberapa kali sejak lebih tiga bulan lalu.

“Mangsa tidak bercerita tentang kejadian itu kepada sesiapapun kerana bimbang dimarahi dan dipukul suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Azmir berkata, disebabkan tidak tahan terus menerus menjadi mangsa kerakusan bapa sendiri, gadis itu akhirnya nekad membuat laporan polis.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk sisatan lanjut di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Utusan

Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker