Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

DATA gaji di Malaysia untuk 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan amat merisaukan.

A. Purata gaji jatuh 9% ke RM2,993



B. Gaji penengah (median) jatuh 15% ke RM2,062

Bermakna separuh dari 9.8 juta pekerja Malaysia bergaji bawah RM2,062.

Selain itu, jika gaji penengah jatuh lebih banyak dari gaji purata, bermakna golongan bawah terkesan lebih teruk dari yang atas. Malah dari segi pembahagian boleh disebut ada “transfer of income” dari miskin ke kaya.

Kejatuhan gaji (9%) juga lebih tinggi daripada kejatuhan KDNK (5.6%) bermakna pekerja lebih terkesan daripada syarikat dan perniagaan.



Pada masa yang sama, 720,000 orang masih menganggur – bermakna pendapatan dari kerja adalah sifar.

Kerajaan mungkin merasakan ia telah buat banyak pengumuman. Pakej-pakej “bernilai RM300 bilion” dan sebagainya.

Tapi realiti di bawah menunjukkan, semua ini, tidak cukup. Jauh dari cukup. 100 pengumuman pun, kalau suntikan fiskalnya masih sedikit (6% daripada KDNK), tetap tidak memadai.


Infografik Jabatan Perangkaan yang dikongsikan Shahril Hamdan.



Intervensi segera

Bantuan kewangan yang munasaba.

Kadang kala apa yang diperlukan bukan suatu yang rumit atau “sofistikated”. Kadang kala penyelesaiannya “straightforward”. Cuma perlu keyakinan dan keberanian.

Beri suntikan kewangan ke sektor isi rumah dengan nilai secukupnya. Dari awal pandemik saya cuba tekankan perkara ini, tetapi masih tiada kemahuan kerana semua masih dalam kerangka takut hutang, takut tukar undang-undang (tapi dah darurat?), takut rating, takut inflasi dan pelbagai lagi ketakutan yang tidak penting. Bayangkan jika bantuan secukupnya diberi dari awal.



Bukan RM350 untuk bujang dibayar dua kali dalam tempoh 3 bulan. (Sebulan RM117)

Bukan RM1,800 untuk isi rumah B40 dibayar tiga kali, untuk tempoh 7 bulan. (Sebulan RM257)

Bukan subsidi upah yang tidak cukup untuk membantu menyelamatkan pekerja.

Bukan Geran PKS yang nilainya tidak cukup untuk menyelamatkan perniagaan.



Sebaliknya, belanjalah yang secukupnya.

Contoh, RM1,000 setiap bulan untuk tempoh 3 bulan buat semua B40 dan M40.

Tiada risiko besar inflasi disebabkan idea seperti ini. Saya tiada kemahuan hendak berbahas teknikal disaat ini, tetapi secara ringkasnya, bukan dengan suntikan RM1,000 itu, tiba tiba “aggregate demand” akan melampaui batas dan membawa inflasi.

Sebarang kenaikan harga sementara sekarang adalah disebabkan “supply bottleneck”, bukan sebab rakyat terlalu banyak duit.



Lihat cara negara lain tangani isu ini. Mengapa mereka sanggup belanja? Mengapa sanggup letak duit dalam kocek rakyat tanpa terikat kepada ideologi konvensional?

Beranilah buat perbelanjaan Kerajaan yang perlu, bukan takut kepada hutang Kerajaan atau “rating” agensi penaarafan antarabangsa atau apa-apa lagi pertimbangan yang sebenarnya tidak penting pada saat ini.

Dalam jangka masa sederhana nanti, bolehlah buat dasar yang lebih kekal, seperti Skim Job Bank atau Jaminan Pekerjaan, Skim Pendapatan Wajar dimana ada mekanisme automatik untuk Kerajaan “topup” pendapatan rakyat.

Boleh dah mula kajian buat perundangan mengehadkan nisbah gaji antara atas dan bawah.

Itu antara idea dari #SambungYangTergendala. Tapi saya pun tahu, idea itu tak selesai masalah sekarang. Itu selesai masalah post-lockdown atau post-Covid.

Tapi buat masa sekarang, “give people money”. Sebab tak cukup “money” lah, rakyat minta pengeluaran Kumpulang Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) walaupun ambil duit persaraan sendiri. Sebab tak cukup “money” lah, rakyat desak moratorium.

Jadi tiada apa yang perlu dibanggakan kita antara negara yang terpaksa masih beri moratorium atau i-Citra. Sebabnya Kerajaan mengikat tangan sendiri. Kerajaan tak mahu belanja secukupnya, sampai terpaksa dua dasar ini dilaksana.

Rakyat sedang susah. Ada yang murung, ada bunuh diri. Syarikat dan perusahaan sedang tutup atau nyawa-nyawa ikan. Tidak ada pengambilan pekerja besar-besaran. Tidak ada keyakinan untuk syarikat buat pelaburan.

Satu atau dua “headline” berita positif tak mampu menutup realiti keseluruhan. Permudahkan pinjaman dan lain-lain pun, iklim ekonomi tidak menggalakkan pengambilan risiko.

Bank ada modal secukupnya, tapi mereka tak akan mudah keluarkan pinjaman selagi keyakinan ekonomi di tahap rendah.

Bukalah hati. Give people money.

Kenyataan media Shahril Hamdan yang merupakan Ketua Penerangan UMNO

Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan perlu jawab dakwaan serius frontliners

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker