Hospital beri buah pinggang pada penerima salah

Hospital beri buah pinggang pada penerima salah

CLEVELAND, Ohio – Sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) tersilap memindahkan organ buah pinggang kepada penerima yang salah dalam satu insiden baru-baru ini, lapor akhbar New York Post.

Kesilapan itu disedari oleh pasukan pembedahan selepas ia selesai dan penerima sebenar masih menunggu buah pinggang baharu untuk dimasukkan ke dalam badannya.

University Hospitals Ohio dalam satu kenyataan yang diberikan kepada akhbar The Post memohon maaf atas kesilapan perubatan itu dan memberikan cuti bersyarat kepada dua stafnya untuk menyiasat bagaimana organ itu telah dimasukkan ke dalam penerima yang salah.

“Kami kecewa kesilapan yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan seorang pesakit menerima buah pinggang yang bukan untuknya.

“Badan penerima baharu yang menerima buah pinggang itu sesuai, namun pemindahan terhadap penerima sebenar terpaksa ditangguhkan,” tulis kenyataan daripada pihak hospital.

Jurucakap hospital berkata, insiden tersebut berlaku pada 2 Julai lalu.

Pegawai memaklumkan Rangkaian Bersatu untuk Perkongsian Organ yang mengawasi pemindahan tersebut kini sedang menyiasat punca kesilapan tersebut dan menjamin bahawa kejadian serupa tidak akan berulang.

“Kami memohon maaf kepada kedua-dua pesakit dan ahli keluarga mereka.

“Kami sedar kepercayaan yang diberikan pesakit untuk menjaga mereka. Situasi ini adalah bertentangan dengan komitmen kami dalam membantu pesakit menjalani kehidupan sepenuhnya,” jelas hospital itu.

Pihak hospital itu telah melakukan sebanyak 95 pemindahan buah pinggang tahun ini dan 194 pada tahun lalu. K Online

Hospital beri buah pinggang pada penerima salah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tergamak bayar saya RM150 – Jalil Hamid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker