Anwar nafi beri jaminan gugur kes mahkamah
Anwar nafi beri jaminan gugur kes mahkamah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memberi jaminan kepada mana-mana pihak yang berdepan dengan kes mahkamah untuk membebaskan mereka.
Beliau berkata, ia hanya boleh dilakukan sekiranya individu-individu terbabit dilepaskan daripada pertuduhan oleh hakim yang adil dan saksama.
“Saya tidak pernah beri jaminan kepada sesiapa menyatakan untuk kita lepas daripada hukuman sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.
“Kalau saya mahu kompromi, saya sudah jadi perdana menteri bertahun-tahun dahulu,” katanya berucap di Kompleks Seri Perdana hari ini.
Terdahulu Anwar hadir dalam Program Pertemuan Mahabbah bersama ulamak dan asatizah.
Pada masa ini, individu dalam kerajaan yang mempunyai kes di mahkamah adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.
Pada September lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Dalam pada itu, Anwar sudah menemui semua pihak berkuasa untuk menyatakan pendirian tegas itu termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
“Begitu juga kebebasan, profesionalisme badan-badan penguatkuasaan, saya ada beberapa pertemuan SPRM, Peguam Negara dan lain-lain institusi yang memberikan gesaan yang sama,” katanya.
Ahli Parlimen Tambun itu mahu membuktikan ada orang Melayu dan anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak.
“Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati dan diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan,” katanya lagi. MG
Anwar nafi beri jaminan gugur kes mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?
You must be logged in to post a comment.