Mayat bayi bertali pusat dihurung semut

PETALING JAYA: Mayat bayi lelaki ditemui dalam keadaan dihurung semut dipercayai sudah ditinggalkan sejak dua hari lalu di tepi jejantas Jalan Jepun Kampung Delek Taman Muhamad Yamin, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, mayat bayi lelaki itu ditemui seorang pengawal keselamatan wanita berumur 22 tahun yang melalui kawasan itu dan polis menerima laporan dibuat wanita terbabit pada 6.12 petang.

“Menurut wanita itu, dia menjumpai mayat bayi dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Sungai Sireh dari tempat kerja di Sungai Jati,” kata beliau menurut laporan Berita Harian.



Beliau berkata, wanita terbabit pada awalnya nampak sepasang suami isteri berada di lokasi dan pasangan itu memberitahu ada mayat bayi, tetapi tidak menghubungi polis, sebelum wanita itu menghubungi MERS 999 memaklumkan penemuan mayat bayi itu

Shamsul berkata, siasatan mendapati, tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan bayi itu ketika ditemui.

Najib ‘sekolahkan’ Wan Saiful



“Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang hadir ke tempat kejadian mendapati bayi lelaki cukup sifat, panjang anggaran kurang dari dua kaki bertali pusat.

“Bayi itu dianggarkan dibuang ke lokasi kejadian sekitar dua hari dengan keadaan dihurung semut,” kata beliau.

Katanya, pihaknya juga masih menyiasat sama ada bayi terbabit ditinggalkan dalam keadaan masih hidup atau sudah meninggal dunia.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat pada jam 2 petang hari ini, sehingga kini polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.



Siapa layak memerintah Malaysia?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker