Wanita Pilih Gayakan ‘Aksesori’ Dari Gigi Mayat Cara Baru Menyeramkan Mengingati Orang Yang Disayangi

Wanita Pilih Gayakan ‘Aksesori’ Dari Gigi Mayat Cara Baru Menyeramkan Mengingati Orang Yang Disayangi

Melbourne: Ramai yang menggayakan permata sebagai perhiasan diri namun seorang wanita di Australia memilih gigi mayat sebagai bahan utama aksesori itu.

Bukan itu saja, Jacqui Williams juga menjual pelbagai aksesori hiasan diri dihasilkan daripada abu dan rambut mayat.

Wanita berusia 29 tahun itu mengusahakan Grave Metallum Jeweller bagi menghasilkan cincin, rantai dan gelang menggunakan bahan berkenaan.

Jacqui sebelum itu bekerja sebagai tukang kebun di sebuah tanah perkuburan mengakui aksesori itu adalah tanda ingatan buat seseorang yang sudah meninggal dunia.

“Saya boleh menghasilkan apa saja menggunakan gigi mayat mengikut kehendak ahli keluarga mereka.

“Saya menghasilkan aksesori ini bagi membantu orang ramai mengatasi kesedihan kehilangan seseorang yang disayangi,” katanya dalam laporan New York Post.

Bagi setiap aksesori, Jacqui mengambil masa antara enam hingga lapan minggu dengan kos $350 hingga $10,000 dolar Australia (kira-kira RM1,000 hingga RM31,300).

Katanya, dia mula membuat aksesori itu selepas membantu seseorang dalam kesedihan kerana kehilangan teman baik beberapa tahun lalu.

“Kesedihan menjadi lebih mudah untuk diatasi jika kita berkongsi dengan orang lain,” katanya.

Wanita Pilih Gayakan ‘Aksesori’ Dari Gigi Mayat Cara Baru Menyeramkan Mengingati Orang Yang Disayangi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]

15,000 pokok durian Musang King ‘haram’ ditebang dalam 9 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker