Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas
Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas
PERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas selain terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Kimsar di sini, hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 12.55 tengah hari.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas selain syampu sebagai bahan pelincir untuk memudahkan proses mengeluarkan kaki mangsa.
‘Kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan mangsa mahu menggunakan tandas namun secara tidak sengaja kakinya termasuk ke dalam lubang dan tidak dapat dikeluarkan” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Operasi ditamatkan pada pukul 1.16 tengah hari.-Awani
Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin perlu contohi Pak Lah berundur secara terhormat – Ibrahim Ali
- Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak
- Kuli Mahu UMNO berpisah dengan Bersatu
- Jangan terkinja-kinja dalam TikTok tetapi poket kosong – DSV
- Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]
- Resepi Almond Nutella Cookies Rangup
Pelajar UiTM Jengka Meninggal Dunia Lepas Mengadu Sakit Kepala [VIDEO]
15,000 pokok durian Musang King ‘haram’ ditebang dalam 9 hari