Jangan serang Filipina, amaran Amerika kepada China

Jangan serang Filipina, amaran Amerika kepada China

Amerika Syarikat (AS) mengulangi amaran kepada China bahawa tenteranya akan membantu Filipina mempertahankan perairannya di Laut China Selatan jika diancam.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya boleh bertindak demikian berlandaskan Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina 1951, sekiranya China mengancam Filipina.



“AS menegaskan sekali lagi bahawa dasar sama dipersetujui pada 13 Julai 2020 berhubung tuntutan di Laut China Selatan, yang dicapai di bawah pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump.

“Kami juga menegaskan bahawa AS akan bertindak terhadap sebarang tuntutan China terhadap sumber laut dan perairan, serangan bersenjata terhadap angkatan bersenjata Filipina, kapal awam, atau pesawat di perairan Laut China Selatan.

“Sebarang provokasi China akan mendorong tindakan pertahanan bersama AS dan Filipina di bawah Artikel Keempat perjanjian 1951,” katanya.

Artikel itu antara lain menyatakan jika berlaku sebarang serangan bersenjata di kawasan Pasifik yang membahayakan, mengancam keamanan atau keselamatan, maka mereka boleh bertindak seperti yang termaktub dalam perlembagaan.



Blinken membuat kenyataan itu sempena tahun kelima keputusan Mahkamah Timbang Tara yang menolak tuntutan China ke atas wilayah dan perairan yang luas di Laut China Selatan.

China menuntut sebahagian besar perairan di Laut China Selatan yang dipanggil Nine Dash Line atau Sembilan Garis Putus, yang turut dituntut oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

April lalu, Blinken menegaskan perkara yang sama dalam perbualannya dengan Menteri Luar Filipina, yang menurut Jabatan Negara, menegaskan kesahihan perjanjian itu bagi sebarang tindakan sekiranya di Laut China Selatan terancam.

Jumaat lalu, China mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa Beijing tidak menerima keputusan Mahkamah Timbang Tara itu dan akan terus mempertahankan tuntutannya di Laut China Selatan. BH



Jangan serang Filipina, amaran Amerika kepada China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker