Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Yang buat buku harapan bukan kitab suci untuk tipu undi Rakyat termasuk mereka yang menjadi pemimpin utama kerajaan PN sekarang, tak gila kuasa.

Yang khianat dan tikam belakang boss-boss mereka dalam parti dan gabungan mereka untuk rampas kuasa, tak gila kuasa.

Yang buat “scheme of things” untuk sogok ahli parlimen dan merata-rata beli katak dari mana jua sehingga kabinet menjadi begitu besar sekali dengan lebih 70 orang menteri dan timbalan menteri, tak gila kuasa.

Yang buat darurat untuk gantung parlimen dan hentikan demokrasi dengan alasan nak lawan Covid tapi Covid menjadi berkali ganda lebih teruk, tak gila kuasa.

Yang beri alasan bodoh bersambung alasan bodoh seperti terlalu banyak orang tua dalam dewan, kena jaga cleaner dan guard dari dijangkit Covid atau “secepat mungkin” bermaksud 3-4 bulan kemudian kenapa parlimen tidak boleh sambung bersidang, tak gila kuasa.

Yang khianat titah-titah Agong sekali pada bulan Februari dan 3 kali pada bulan Jun agar parlimen sambung bersidang, tak gila kuasa.

Yang menang atas logo dan bendera PKR dengan undi padu penyokong DAP untuk menjadi PM dan Menteri Kanan paling kanan tapi tuduh pula UMNO jahat nak pakat dengan PKR biarpun keputusan PAU ialah “no Anwar dan no DAP”, tak gila kuasa.

Tapi..

Yang terpaksa beri sokongan pada mereka untuk mereka dilantik PM apabila Majlis Raja-Raja tidak memberi perkenaan untuk bubar parlimen pada Feb 2020 lalu, dituduh gila kuasa pula.

Presiden parti, Timbalan presiden parti, penasihat UMNO, penasihat BN dan Ketua Pemuda UMNO terus terang tolak sebarang jawatan dalam kerajaan PN dari awal-awal lagi, dituduh gila kuasa pula.

Yang suruh dia undur setelah gagal segagalnya untuk kembalikan mandat kepada Rakyat bagi selesaikan masalah kerajaan tak stabil dengan majoriti tipis penuh dengan katak dan penderhaka yang tidak memberi keyakinan pada Rakyat dan pelabur asing, dituduh gila kuasa pula.

Fakta atau auta? NAJIB RAZAK

Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker