Najis Manusia Di Simpan, Dapat Wang Setiap Kali Buang Air Besar [VIDEO]

Najis Manusia Di simpan, Dapat Wang Setiap Kali Buang Air Besar [VIDEO]

HANYA dengan menggunakan tandas yang disediakan, anda kemudiannya mendapat ‘mata’ yang boleh ditukarkan untuk mendapatkan kopi, pisang atau beberapa barang lain.

Bunyinya agak aneh namun itulah yang berlaku di Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) d Korea Selatan, menurut laporan The Sun.

Daripada najis manusia, mereka memprosesnya dengan teknologi terkini yang kemudian hasilnya diolah menjadi sumber tenaga termasuk untuk sebuah bangunan.

Pelajar yang menggunakan tandas dalam kajian tersebut pula akan memperoleh ‘mata’ yang kemudiannya boleh ditebus untuk makanan, buku dan sebagainya.

Idea itu adalah cetusan Cho Jae-weon, seorang profesor di UNIST yang mencipta tandas mesra alam, disambungkan ke makmal yang menukarkan najis menjadi biogas dan baja.

Dikenali sebagai tandas BeeVi, binaan itu menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah sekali gus mengurangkan penggunaan air.

Di makmal tersebut, mikroorganisma memecah sisa menjadi metana, yang menjadi sumber tenaga untuk bangunan, menghidupkan dapur gas, dan sel bahan bakar oksida pepejal.

“Jika kita berfikir di luar kotak, najis memiliki nilai berharga untuk membuat tenaga dan baja. Saya telah memasukkan nilai ini ke dalam peredaran ekologi,” kata Cho.

Rata-rata orang membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukar menjadi 50 liter gas metana.

Gas ini dapat menghasilkan arus elektrik 0.5kWh atau boleh digunakan untuk memandu kereta sejauh kira-kira 1.2 kilometer.

Cho juga telah mencipta mata wang maya bernama Ggool, yang bermaksud madu dalam bahasa Korea.

Setiap orang yang menggunakan tandas mesra alam akan memperoleh 10 Ggool sehari.

Pelajar boleh menggunakan mata wang itu untuk membeli barang di kampus, dari kopi segar hingga mi cawan segera, buah-buahan dan buku.

Pelajar juga boleh mengambil produk yang mereka mahukan di kedai dan mengimbas kod QR untuk membayar dengan Ggool.

“Saya pernah berfikir bahawa najis adalah kotor, tetapi sekarang ia adalah harta yang sangat berharga bagi saya,” kata pelajar pascasiswazah Heo Hui-jin.

Najis Manusia Di simpan, Dapat Wang Setiap Kali Buang Air Besar [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya Bertuah Berjiran Dengan Pelawak Veteran Mat Sentul, Ditawar Muncul Iklan TV”-Imran Ajmain

MAWAR RASHID: TERINGIN RASA MACAM MANA KASIH SAYANG AYAH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker