Gelar Diri Ibu Paling Kedekut Di Dunia, Sanggup Gosok Gigi Guna Salji Sebab Tak Mahu Bayar Bil Air

Gelar Diri Ibu Paling Kedekut Di Dunia, Sanggup Gosok Gigi Guna Salji Sebab Tak Mahu Bayar Bil Air

BECKY Guiles menggelarkan dirinya sebagai ibu ‘paling jimat’ di dunia.

Seorang isteri di Amerika Syarikat mengaku sikap kedekutnya seperti membasuh pakaian dengan menggunakan salji dicairkan dan mengenakan caj kepada suaminya sekiranya lelaki itu makan banyak bagi  membolehkan dia berjimat sehingga ribuan dolar, lapor laman berita Mirror UK semalam.

Dia turut berkongsi cara menjimatkan wang dengan membasuh pakaian dan menggosok giginya dengan salji.

Becky Guiles, 41, berkata,  dia akan menggunakan  apa sahaja yang percuma di dunia atau mendapatkan sesuatu pada kadar 90 peratus lebih murah.

Guiles yang tinggal bersama suaminya, Jay dan dua orang anak berusia tujuh dan empat tahun berkata, dia  menjadi kedekut dan mula menjimatkan wang secara ekstrem selepas berhenti kerja dengan pendapatan £25,000 (RM144,234) setahun untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Malah Becky enggan membayar bil air, sebaliknya dia akan mengumpul salji dari luar rumah untuk kegunaan keluarga.

“Selepas melahirkan anak sulung saya, George, saya meninggalkan pekerjaan kerana mahu membesarkannya.

“Oleh itu, falsafah saya ialah mejimatkan duit adalah sama seperti mendapatkannya,” katanya.

Guiles juga akan mengenakan caj kepada suaminya sekiranya lelaki itu makan lebih daripadanya.

Selain mempunyai sikap berjimat yang melampau, wanita ini turut mengenakan upah apabila suaminya makan lebih banyak daripadanya

Kalau kami order empat stik mozzarella, saya makan tiga dan dia akan makan satu seperti saya membayar 75 peratus dari harga tersebut,” ujarnya.

Pada tahun pertama, pasangan itu berjaya menjimatkan wang yang sama dengan jumlah ‘kehilangan’ pendapatan Guiles.

Antara cara berjimat yang dilakukan wanita itu adalah mengutip salji di luar rumah yang digunakan untuk basuhan seperti membasuh baju, pinggan dan juga memberus gigi kerana enggan membayar kos air sinki.

Namun tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan seperti ini.

Gelar Diri Ibu Paling Kedekut Di Dunia, Sanggup Gosok Gigi Guna Salji Sebab Tak Mahu Bayar Bil Air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker