PKP Bukan Alasan Dera Dan Buang Kucing

PKP Bukan Alasan Dera Dan Buang Kucing

“Ada kucing jalanan ini dipotong ekor, selain disimbah minyak panas atau air panas,” kata Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid.

Kata Khalid, 55, ada kalanya, air matanya mengalir kerana simpati dengan nasib kucing jalanan ini yang dibuang tuannya.

Katanya, yang membuatkan pihaknya kesal ialah alasan diberi sebahagian masyarakat yang membuang kucing mereka iaitu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejak PKP 1.0 hingga PKP 3.0 ini, Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah menyelamatkan lebih 2,000 kucing jalanan.

“Kucing ini sama ada diselamatkan di tepi jalan, pasar atau kedai makan. Banyak juga yang cedera akibat didera seperti dipotong ekor selain disimbah minyak panas,” katanya.

Menurut Khalid, kucing jalanan yang diselamatkan ini akan diberi penjagaan rapi di sembilan pusat jagaan kucing seperti diberi makan selain rawatan.

Dia yang tinggal di Kampung Baru di sini, bagaimanapun berkata, pihaknya atau sembilan pengurusan pusat jagaan kucing ini tidak akan menjaga haiwan berkenaan selama-alamanya.

Untuk rekod, sembilan pusat jagaan ini di Kuala Lumpur, Ampang, Kajang, Bangi, Johor, Melaka dan Pulau Pinang ini turut dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM dengan kerjasama NGO lain sudah menyelamatkan 2,000 kucing jalanan sejak PKP 1.0 hingga sekarang.
KKM dengan kerjasama NGO lain sudah menyelamatkan 2,000 kucing jalanan sejak PKP 1.0 hingga sekarang.

 

“Kucing akan dibela dan dirawat sehingga pulih. Selepas beberapa hari atau minggu, ia akan diserah kepada keluarga angkat.

“Sebelum PKP, kami jalankan program anak angkat kucing ini di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa setiap minggu.

“Setiap kali program, sekurang-kurangnya 30 kucing akan diambil dan dipelihara oleh keluarga angkat,” katanya.

Menurut Khalid, kucing jalanan biasanya dalam kalangan kucing rumah serta kucing kampung.

Katanya, bayaran tidak dikenakan untuk keluarga angkat kucing ini sebaliknya, keluarga berkenaan digalakkan untuk menderma makanan kucing atau rawatan kucing kepada kelab.

“Kelab Kucing Malaysia tidak menggalakkan orang ramai menderma wang, sebaliknya lebih baik menderma makanan kucing selain rawatan haiwan ini.

“Kami juga sentiasa memantau sembilan pusat jagaan kucing ini untuk tidak memohon sumbangan berbentuk wang sebaliknya lebih kepada makanan serta rawatan kucing,” katanya.

 

ANTARA kucing yang diselamatkan KKM.
ANTARA kucing yang diselamatkan KKM.

 

Menurut Khalid, ramai yang menjadikan PKP sebagai alasan membuang kucing masing-masing sama ada di tepi jalan, pasar atau kawasan kedai makan.

Katanya, ia perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dihentikan.

“Punca utama ialah kucing gagal dikembiri tuannya. Apabila ia membiak dan terus membiak, tuannya tidak mampu memberi penjagaan sebelum mengambil jalan mudah dengan membuangnya,” katanya.

PKP Bukan Alasan Dera Dan Buang Kucing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Kucing Buta Kini Popular Di Internet dan Media Sosial

[VIDEO] Itu Makanan Kucing?-Netizen.. Pekerja Kongsi Rupa Sebenar Makanan Subway Di TikTok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker