Netizen kritik Annuar lawat, makan bersama Pak Lah

Netizen kritik Annuar lawat, makan bersama Pak Lah

Warganet kritik Annuar lawat Pak Lah, makan tengah hari bersama

Warganet mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa susulan catatan di media sosial berhubung kunjungannya ke rumah bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan makan tengah hari bersamanya hari ini.



SOP “lockdown” tidak membenarkan lawatan. Tambahan, Kuala Lumpur masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul dan melawat, kecuali untuk tujuan kecemasan.

Dalam catatan Twitternya yang sudah dipadamkan, Annuar berkata, beliau dan isterinya mengunjungi rumah Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, di Kuala Lumpur dan menghabiskan dua jam bersama.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, mereka malah menjamu selera dengan masakan isteri Pak Lah, Jeanne Abdullah.

Warganet mengkritik Annuar kerana didakwa melanggar SOP, dengan melakukan perkara yang rakyat dilarang lakukan.



Pengguna Twitter @ForABetterMy menulis: “Saya ingatkan kita tidak boleh melawat rumah-rumah? Saya tidak jumpa keluarga saya selama berbulan-bulan. Saya rasa kalau menteri boleh, kita pun boleh (melawat).”

Pengguna @khairzawawi berkata: “Letak jawatan sahaja.” FMT

Netizen kritik Annuar lawat, makan bersama Pak Lah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker