Lelaki Makan Daging Bukti Kelelakian Sejati
Lelaki Makan Daging Bukti Kelelakian Sejati
LOS ANGELES, California – Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti California Los Angeles mendapati lelaki makan daging untuk membuktikan kelelakian mereka, lapor akhbar NY Post kelmarin.
“Mengubah persepsi lelaki mengenai peranan jantina yang konservatif boleh mendorong mereka kurang makan daging dan ayam,” demikian kata ahli psikologi, Daniel Rosenfeld yang merupakan penyelidik kajian tersebut.
Rosenfeld dan rakan pengkaji, Janet Tomiyama melakukan kaki selidik ke atas 1,706 orang dewasa berumur antara 18 hingga 88 tahun di Amerika Syarikat tentang tabiat makan daging mereka.
“Berbanding wanita, lelaki makan lebih banyak jenis daging dengan lebih kerap termasuk daging lembu, ayam dan ikan,” kata mereka.
Lelaki yang dikategorikan sebagai maskulin makan lebih banyak daging dan ayam serta menunjukkan keengganan menjadi vegetarian.
“Pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan jantina mungkin berguna untuk mengurangkan pengambilan daging untuk peningkatan kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar,” tulis para penyelidik. -Agensi
Lelaki Makan Daging Bukti Kelelakian Sejati
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun
You must be logged in to post a comment.