Euro2020 : Pancaran laser sebelum penalti – Schmeichel
Euro2020 : Pancaran laser sebelum penalti- Schmeichel
Copenhagen: Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel mendedahkan dia sudah memberitahu pengadil yang pancaran laser diarahkan kepadanya sebelum penalti Harry Kane pada aksi separuh akhir Euro 2020.
Bintang Denmark itu yang juga beraksi untuk Leicester City, menyelamatkan sepakan penalti kapten England itu sebelum tindakan susulan Kane menghasilkan gol.
Bagaimanapun, siasatan dilakukan selepas itu sebaik gambar tular menunjukkan penyokong mensasarkan pancaran laser ke arah Schemeichel sebelum sepakan penalti itu.
Pancaran laser itu di arahkan ke kepala penjaga gol Denmark itu ketika Kane sedang bersiap untuk melakukan sepakan.
Schmeichel kini mendedahkan dia sudah memberitahu pengadil mengenai gangguan laser itu sebelum sepakan penalti.
“Saya tidak menyedarinya ketika sepakan penalti kerana ia berada berada di sebelah muka saya. Tapi saya sedar pada separuh masa kedua.
“Saya beritahu pengadil dan dia kemudian berkata sesuatu kepada pegawai yang lain,” katanya.
UEFA mendakwa England dengan tiga kesalahan iaitu penyokong menggunakan pancaran laser, gangguan ketika lagu kebangsaan dan membakar mercun. HM
Euro2020 : Pancaran laser sebelum penalti – Schmeichel
Baca Artikel Menarik :
- Musuh Umno suka potong ayat dan reka cerita
- Najib pertahankan 3 menteri UMNO dari dipersalahkan PAS, wabak memburuk salah Muhyiddin
- SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin
- Lelaki Berisiko Mati Pucuk Jika Di Jangkiti Covid-19
- Resepi kari hijau Thai padu
- Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pun Order Barang Dari Shoppe
You must be logged in to post a comment.