Kilang elektronik cetus 1000 kes positif



Kilang elektronik cetus 1000 kes positif

Tiga kali diarah tutup, kilang elektronik cetus 1,000 kes positif

MELAKA – Sebuah kilang komponen elektronik di Batu Berendam, di sini tutup kali ketiga selepas merekodkan trend tinggi penularan Covid-19 dengan jumlah kumulatif positif mencecah 1,000 kes, sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kilang itu diarahkan menutup pengoperasiannya di Blok 3 dan 4 pada 29 Jun sehingga 16 Julai depan.

Katanya, trend penularan Covid-19 bagaimanapun turut berlaku di Blok 5 dan 6 yang kemudian diarahkan ditutup bermula semalam sehingga 21 Julai depan.




“Empat daripada sembilan blok di kilang tersebut diarahkan ditutup serta-merta selepas berlaku trend penularan yang tunggu membabitkan Kluster Berendam.

“Sehingga semalam, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kluster terbabit telah mencecah 1,000 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau hari pertama pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam di sini, hari ini.
K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




Kilang elektronik cetus 1000 kes positif


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti



Leave a Reply

Your email address will not be published.