MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti
MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti
Ahli Parlimen Umno sokong Muhyiddin tak selari pendirian parti, ‘akan tanggung akibat’ kata Najib
Ahli Parlimen Umno yang masih menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dianggap bertindak atas kemahuan sendiri kerana bukan lagi selari dengan pendirian rasmi parti, kata Najib Razak.
“Ianya pendirian peribadi mereka – bukan lagi selari dengan pendirian rasmi parti. Jangan dikaitkan lagi pendirian mereka dengan pendirian Umno,” kata bekas presiden Umno itu di Facebook.
“Sekiranya ianya pendirian peribadi masing-masing maka mereka akan tanggung akibatnya masing-masing.”
Najib beri amaran ahli Umno akan ingat menteri dan Ahli Parlimen parti itu yang lebih mementingkan jawatan, “yang membantu pihak kerajaan memperlekehkan titah Raja-Raja”, atau lebih mempertahankan pemimpin parti lain berbanding parti sendiri.
“…tetapi membuta mata kepada kegagalan bersambung kegagalan kerajaan untuk membantu rakyat dalam zaman pandemik,” tambahnya.
Ahli Umno juga akan ingat menteri dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang sedemikian, katanya.
Najib mengingatkan tak sampai dua tahun lagi rakyat akan memilih wakil masing-masing pada PRU15.
“Rakyat akan ingat siapa yang buat kerja bodoh seperti mengulang langkah-langkah separuh masak berkali-kali yang terbukti gagal dan akhirnya membawa kepada ribuan pengorbanan nyawa secara sia-sia dan penderitaan memanjang tak terhingga pada rakyat,” katanya.
Kepada para ketua Umno dan BN, Najib mengingatkan nasib mereka di tangan akar umbi parti.
“Siapa ketua parti…juga bukan ditentukan oleh berapa akuan berkanun kamu berjaya kumpul tetapi melalui pemilihan parti,” katanya.
Khusus bagi pemimpin Umno, Najib berkata ahli parti akan tahu “siapa yang kecut, sorok, dan membisu serta siapa yang berani tampil ke depan untuk melawan dan mempertahankan parti tiap-tiap hari dalam tempoh Umno paling susah dan terancam selepas PRU14.”
Kepada pihak yang mempersoalkan kenapa beliau tidak menarik sokongan sebelum ini, Najib menjawab: “Saya orang parti dan saya ikut keputusan rasmi parti”.
“Kini Umno sudah membuat keputusan rasmi. Jadi jangan lagi kritik Umno bahawa kita hipokrit. Kita buktikan tidak.” FMT
MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti
Baca Artikel Menarik :
- Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO
- Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan
- UMNO jangan sampai dipatuk ular dua kali
- Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi
- Buat apa nak minta maaf – Ds Vida
- Resepi dalca tulang tanpa santan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.