Pejuang kini parti politik berdaftar – Mahathir

Pejuang kini parti politik berdaftar – Mahathir

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pendaftaran Pejuang sudah diluluskan kerajaan.

“Pejuang sudah didaftarkan hari ini. Kami berterima kasih kepada kerajaan.

“Cara kita ialah tidak menimbulkan masalah, tetapi mematuhi undang-undang,” katanya dalam sidang media maya.

Pengerusi Pejuang itu berkata, partinya akan lebih aktif mulai sekarang.

Satu daripada misi pertama Pejuang ialah mengemukakan usul di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (NRC) – projek perintis Mahathir.

Katanya, NRC diperlukan kerana langkah sedia ada gagal sehingga menyebabkan ada yang membunuh diri akibat kehilangan kerja dan kelaparan.

Beliau berkata, partinya akan mengkaji masalah dihadapi rakyat dan “bermain politik” bukan agenda ketika ini.

Beliau turut menolak konflik politik antara Bersatu dan Umno, dengan berkata partinya lebih berminat untuk memastikan NRC, terdiri daripada profesional, ditubuhkan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi negara.

“Itu (politik) bukan keutamaan kami.

“Tidak kira Muhyiddin Yassin naik atau turun, keluar atau masuk, apa sahaja yang berlaku kepada beliau – ia akibat kekeliruan dalam negara.” FMT

Pejuang kini parti politik berdaftar – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker