Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Tiga dekad bergelumang dalam dunia seni, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, mengaku pernah melalui pengalaman dihimpit wanita digelar ‘penyondol’ atau pengacau rumah tangga orang.

Namun, Jalaluddin bersyukur terpelihara daripada terus hanyut dengan godaan ‘si penyondol’.



Lebih daripada itu, Jalaluddin bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami malah sentiasa meniupkan kata-kata semangat ketika dirinya dilempar pelbagai tohmahan.

“Saya mengaku mengalaminya (diganggu ‘penyondol’) tetapi bersyukur Allah sentiasa pelihara dan beri petunjuk kepada saya.

“Tuhan pelihara hubungan dengan isteri, Allahyarham Hashimah Aksan. Saya bersyukur dikurnia isteri yang sangat penyabar dan tinggi ilmu akhirat.

“Dalam kesempitan dan kesedihan saya ditohmah, dia berada di belakang saya meminta saya bersabar.



“Jadi, apabila arwah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya, saya rasa hidup seakan-akan sudah berakhir, malah, hampir jadi gila,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton drama Astro Original berjudul Liar The Series di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, atas nasihat bapanya yang juga agamawan, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari, dia bertemu jodoh sekali lagi dengan Datin Rapidah Abdul Ghani pada 2017, iaitu setahun selepas pemergian isteri pertamanya.

“Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan wanita yang sangat baik, sama seperti arwah isteri.

“Bagi saya, hidup berkat apabila arwah bapa turut puji isteri baharu. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami untuk membimbing isteri kerana semua orang tidak sempurna.



“Saya didik isteri agar jaga mulut dan pelihara hubungan dengan adik-beradik serta anak-anak saya. Saya rendahkan diri apabila masuk ke dalam keluarga isteri biarpun abang ipar semuanya lebih muda berbanding saya,” katanya.

Jalaluddin mengaku merindui isteri yang sudah hampir sebulan berjauhan berikutan pulang ke kampung di Melaka bagi menjaga ibunya yang sakit.

Namun, setiap kali ada kelapangan, Jalaluddin pulang ke Melaka untuk menjenguk isterinya.

Akui Jalaluddin, hidup berjauhan membuatkan cintanya kepada isteri mendalam, malah, lebih menghargai pasangannya itu.



Sementara itu, ditanya pandangan mengenai kontroversi rumah tangga beberapa selebriti, bapa kepada lapan cahaya mata itu meminta agar mereka mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Fikirkanlah momen terbaik pernah dilalui sepanjang perkahwinan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih kerana Allah sangat bencikan perceraian,” katanya.

Selain itu, Jalaluddin menasihati suami agar menghormati isteri dan memahami perasaan mereka.

“Setialah kepada isteri, hormati dan fahami perasaan mereka. Belajar erti kesetiaan dan hargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.



“Pegang kasih sayang itu, Insya-Allah kita akan selamat. Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita boleh melukai hati wanita lain.

“Saya juga tidak bersetuju jika ada suami ‘naik tangan’ dengan isteri. Namun, isteri pula jangan berlagak sebagai mangsa. Adakah benar suaminya pukul?

“Kena hati-hati, jangan mereka cerita kerana tidak baik untuk suami,” katanya.

Menyentuh lakonan dalam drama terbaru lakonannya Liar Ten Series, Jalaluddin memegang watak bapa yang terlalu mencintai isteri, namun, terpaksa menerima kehilangannya.



Liar The Series versi Malaysia diarahkan Jason Chomg dan Imri Nasution mengisahkan kehidupan cikgu sekolah bernama Lara.

Lara yang pernah berkahwin, namun bercerai, mengambil keputusan bertemu jejaka dikenali sebagai Aiman Yusuf yang kematian isteri.

Selepas itu, berlaku sesuatu yang membuatkan Lara menuduh Aiman merogolnya, namun, perkara itu dinafikan. BH

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker