Instafamous jadi mangsa pukul jantan dayus

Sebaran :

Instafamous jadi mangsa pukul jantan dayus

2 tahun hidup sengsara, Instafamous jadi mangsa pukul jantan dayus?

Instafamous wanita, Azza Zainal didakwa menjadi mangsa pukul oleh seorang lelaki dayus hingga mengakibatkan kecederaan pada anggota badannya

Menerusi laman Instagram miliknya, wanita ini telah berani mendedahkan kepada umum bahawa dia telah menjadi mangsa pukul oleh teman lelakinya sendiri yang dikenali sejak tahun 2019.



Pada mulanya Azza tidak berani untuk mendedahkan perkara ini kerana risau akan keselamatannya tapi setelah sekian lama berdiam diri dan atas nasihat rakan rapat dan keluarga akhirnya dia mengambil keputusan untuk menceritakan kejadian ini kepada pengikut media sosialnya.

Tapi after kawan2 i yang rapat, family and colleagues dah tahu apa yang terjadi dekat diri i yang i simpan pendam dorang yakin kan i, i terus putuskan and tetapkan hati i untuk ambil tindakan

“Love yourself first jangan jadi bodoh macam i tunggu selama 2tahun dan berharap dia akan sedar perbuatan dia

Kalau korang dapat partner yang dah start maki atau naik tangan i nasihatkan untuk tinggalkan je . You girls deserve better,” antara luahannya di media sosial.



Menurutnya, dia dipukul oleh lelaki dayus tersebut hingga mengakibatkan kecederaan pada muka serta tangan dan setelah merasakan dirinya dalam keadaan terseksa akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Azza yang juga berkhidmat sebagai pramugari ini berkata, tujuan dia membuat pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan lelaki dayus tersebut tetapi ingin memberi perkongsian kepada pengikutnya mengenai penderaan dalam hubungan yang toksik terhadap golongan wanita khususnya.

“Tujuan i post ni bukan untuk membuka aib sesiapa atau keruhkan keadaan , but this is for sharing and to SPREAD AWARENESS

“Ternyata bukan i seorang yang lalui “Toxic & Abusive Relationship



If someone doesn’t value you, they deserve to lose you,”ujarnya di media sosial.

Setelah membuat pendedahan mengenai perkara ini, Azza telah menerima respon yang positif daripada pengikutnya dan paling mengejutkan bahawa ada juga pernah menjadi mangsa sepertinya tetapi takut untuk membuat laporan polis. Wc

Instafamous jadi mangsa pukul jantan dayus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin


Sebaran :

Leave a Reply