Pemuda Umno gesa AGC siasat kesahihan ‘memo dalaman’ kes Najib

Pemuda Umno gesa AGC siasat kesahihan ‘memo dalaman’ kes Najib

Pemuda Umno menyuarakan gesaan agar peguam negara menyiasat kesahihan dokumen yang didakwa bocor, berhubung pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dalam gesaan tersebut, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata jika dokumen itu didapati sahih, Jabatan Peguam Negara (AGC) mesti mengambil tindakan segera dengan menggugurkan enam pertuduhan rasuah terhadap mereka.

“Seandainya juga isi kandungan dokumen tersebut adalah sahih, Pemuda Umno Malaysia mendesak satu siasatan dibuat bagi menyiasat sama ada wujud salah guna kuasa dan kedudukan oleh individu tertentu yang bertentangan dengan undang-undang bagi memastikan kes pertuduhan diteruskan terhadap Najib.

“Bahkan, elemen pendakwaan politik seperti ini untuk memberi imej negatif dan mendatangkan kerugian tidak wajar berlaku. Negara juga telah mengalami kerugian dengan hanya memperoleh semula AS$ 1.8 billion berbanding rundingan yang dipersetujui sebanyak US$7billion antara pentadbiran Najib dengan pihak IPIC (International Petroleum Investment Company),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut, Akmal berkata Pemuda Umno menghormati proses undang-undang dan tidak akan bertolak ansur dengan cubaan mana-mana pihak menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka sendiri.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa AGC sedang menyiasat dakwaan kebocoran dokumen 2019 berkaitan pertuduhan terhadap Najib dan Irwan.

Dokumen itu didakwa sebagai “memo dalaman” dari pasukan pendakwaan IPIC yang ditujukan kepada bekas peguam negara Tommy Thomas.

Dokumen pada 2019 yang kemudian tular itu, mencadangkan enam pendakwaan terhadap kes rasuah Najib dan Irwan digugurkan atas alasan pihak pendakwaan merasakan tiada prima facie yang kukuh dapat dikemukakan kepada mereka berdua.

Thomas sebelum ini berkata dia tidak ingat berkaitan memo itu.

Najib dan Irwan pada 2018 dituduh bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana kerajaan RM6.6 bilion.

Susulan itu, anak Najib, Nooryana Najwa, menggesa AGC untuk “melakukan perkara yang betul” dan menggugurkan enam pertuduhan rasuah terhadap bapanya dan Irwan. K Online

Pemuda Umno gesa AGC siasat kesahihan ‘memo dalaman’ kes Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker