Susu ajaib pencegah Covid-19 ‘Laku Keras’
Susu ajaib pencegah Covid-19 ‘Laku Keras’. Satu jenama susu lembu menjadi rebutan orang awam di Indonesia hujung minggu lalu, susulan khabar angin ia dapat meningkatkan pengeluaran antibodi bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Portal media Jakarta melaporkan beberapa video yang tular di Indonesia menunjukkan orang ramai berasak dan berebut untuk mendapatkan susu Bear keluaran Nestle itu di sebuah pasaraya di Tangerang.
Permintaan yang naik mendadak membuatkan harganya meningkat sehingga 50,000 rupiah Indonesia (RM14) dari harga asalnya 9,000 rupiah (RM2).
Nestle memaklumkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kenaikan harga tetapi berjanji akan memastikan bekalan yang berterusan di pasaran.
Persatuan Perubatan Indonesia dalam kenyataannya menegaskan susu itu memberi manfaat yang sama seperti susu biasa, dan tidak akan membantu mengelakkan jangkitan Covid-19.
“Teruskan jika anda ingin minum susu Bear atau mana-mana susu tepung.
Tidak ada apa yang membezakannya dengan susu lain,” kata Ketua Pasukan Petugas Khas Covid-19, Zubairi Djoerban.
Tambahnya, untuk mendapatkan manfaat pemakanan yang lengkap, adalah lebih baik jika orang ramai makan sayur-sayuran, buah-buahan dan tidak hanya minum susu semata-mata.
Susu ajaib pencegah Covid-19 ‘Laku Keras’
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.