Parah bergelut dengan pak belang lebih 15 minit

Parah bergelut dengan pak belang lebih 15 minit

Lelaki Orang Asli parah 15 minit bergelut dengan ‘pak belang’

Seorang lelaki Orang Asli bergelut selama 15 minit melawan seekor harimau belang yang cuba membahamnya ketika berada di kebun ubi kayu di Kampung Badak, Gua Musang di Kelantan, semalam.

Kejadian cemas itu menyebabkan Adin Andok, 48, parah di kepala, mata dan badan akibat dicakar haiwan ganas terbabit, kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun dia terpaksa menahan sakit selama 15 jam di kebun terbabit sebelum bantuan dari Hospital Gua Musang tiba menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan masuk ke kebun terbabit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah secara bersendirian untuk membersihkan kawasan berkenaan.

Tidak lama kemudian, dia dikejutkan dengan kehadiran ‘pak belang’ itu yang terus menerkam kepala dan mencakarnya hingga parah.

nak lelakinya Kenwak Adin, 25, berkata, bapanya cuba bergelut untuk melepaskan diri sebelum orang kampung terdengar suara jeritan meminta tolong lalu memberi bantuan.

Beliau yang dipetik Utusan Malaysia berkata, bapanya ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah sebelum diusung pulang sementara penduduk menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk bantuan.

Sementara itu, Pembantu Pembangunan Masyarakat Unit Kesihatan dan Kebajikan JAKOA Gua Musang Mohd Syakirin Ramli berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4 petang.

Menurutnya, dia bersama lima petugas kesihatan terus bergegas ke Pos Bihai menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda untuk memberi bantuan pada jam 12 tengah malam sebelum tiba di Hospital Gua Musang kira-kira jam 5 pagi.

Bagaimanapun Syakirin mengesahkan mangsa berada dalam keadaan stabil selepas dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai untuk rawatan lanjut. FMT

Parah bergelut dengan pak belang lebih 15 minit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker