Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok bergegar
Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok bergegar
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Samut Prakan tidak terjejas meskipun berada dalam radius insiden letupan kilang yang menggegarkan lokasi tersebut pagi semalam.
Menurut laporan akhbar The Nation, tiada arahan pengosongan bangunan dikenakan ke atas lapangan terbang itu walaupun terletak dalam lingkungan lima kilometer dari lokasi nahas.
Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Krittiya Konthing berkata, penerbangan beroperasi seperti biasa kerana letupan itu tidak mempengaruhi lalu lintas udara.
“Bagaimanapun, pihak lapangan terbang akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menilai keadaan dan menyediakan rancangan kecemasan sekiranya situasi bertambah buruk,” katanya.
Beliau menambah, pihak lapangan terbang bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan dan Pembendungan Bencana (DDPM) bagi membantu penumpang yang terkesan akibat letupan itu.
“Penumpang boleh menghubungi Pusat Perhubungan AOT di talian 1722 untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan dan perkhidmatan,” katanya.
Sekurang-kurangnya 70 buah rumah dan 15 kenderaan rosak dalam letupan pagi semalam, manakala 20 orang cedera, demikian menurut DDPM. K Online
Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok bergegar
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.