Kanser perut tahap 4, doakan ayah Ebit
Kanser perut tahap 4, doakan ayah Ebit
Kanser perut tahap 4, Ebit Lew pohon doakan ayahnya
KUALA LUMPUR – Kanser perut yang dihidapi ayah pendakwah, ustaz Ebit Lew kini berada di tahap empat.
Beliau yang memohon doa daripada semua rakyat Malaysia berkata, kanser telah merebak ke badan bapanya, Ibrahim Lew, yang berusia 84 tahun.
Ebit Lew menerusi akaun Instagramnya, memuat naik video yang menunjukkan beliau memakai Pakaian Perlindung Diri (PPE) ketika melawat ayahnya di hospital, berikutan masih dalam tempoh kuarantin selepas balik daripada Misi Bantuan Kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test (ujian) Covid-19 negatif. Terima kasih KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Lama lagi kuarantin,” tulisnya.
Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, beliau meminta maaf kepada ayahnya kerana tidak dapat menjaganya ketika ini.
“Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak.
“Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah-ebitlew,” tambahnya. MG
Baca Artikel Menarik :
- Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai
- Ada apa pertemuan rahsia ahli parlimen UMNO bersama Presiden?
- Nama Mira Filzah Turut Dikecam Hanya Gara-Gara Ibu Mertua [VIDEO]
- Sweet Qismina minta doa cepat dihalalkan
- Pizza Musang King Dapur Kayu Mystreet Kitchen
- Resepi Ayam Goreng Madu Mamak
Layari Laman Facebook MYKMU