Sherry Tidak Simpan Dendam [VIDEO]

 

SHERRY TIDAK SIMPAN DENDAM

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad telah memuat naik foto imbau kembali ketika beraksi di pentas teater dan menceritakan satu kisah dimana dia pernah ditertawakan hanya kerana membuat keputusan menyambung pengajian ke Akademi Seni Kebangsaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam entri tersebut, Sherry juga memberitahu ramai yang terkejut hanya kerana dia memilih untuk menjadi pelakon dimana mereka menganggap membuang masa kerana perlu mengikuti pengajian selama tiga tahun.

Meskipun kata-kata yang diterima seolah-olah memperlekehkan usahanya, namun Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, memberitahu dia tidak pernah marah atau menyimpan dendam.

“Dulu masa orang tanya aku lepas SPM sambung belajar mana? Aku jawab Akademi Seni Kebangsaan. Mereka tanya belajar apa kat situ? Aku jawab ambil diploma teater. Kebanyakkannya akan gelak dan kata “nak jadi pelakon pun kena belajar sampai 3 tahun? Buang masa je” mereka gelak.

“Tapi aku tak pernah pun marah atau berdendam dengan mereka. Pendapat orang memang akan berbeza-beza. Selama 3 tahun aku menuntut ilmu di situ, aku bukan belajar untuk menjadi pelakon tapi aku belajar untuk menjadi MANUSIA.

“Aku belajar untuk memahami maksud tersirat dan tersurat, belajar untuk menjadi orang yang mempunyai empati, belajar untuk menghormati orang lain, memberi dan menerima dan banyak lagi. Sedar diri, sedar masa, sedar ruang. Teater itu sendiri memanusiakan manusia,” tulisnya.

Untuk makluman, Sherry memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater dan kemudian mula membintangi drama dan filem, sehingga kini banyak mengacara program-program hiburan dan yang terbaharu ‘Now All Together Malaysia’.

SHERRY TIDAK SIMPAN DENDAM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fiza Bingung Dilamar VIP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker