Rakyat Berebut Cari Ubat Cacing Elak Dijangkiti Covid-19

Rakyat Berebut Cari Ubat Cacing Elak Dijangkiti Covid-19

JAKARTA – Peningkatan kes Covid-19 di Indonesia  menyebabkan permintaan untuk ubat cacing  meningkat dalam kalangan rakyat negara itu.

Menurut laporan laman berita Suara.com semalam, penduduk  republik itu percaya penggunaan ubat cacing dapat  membantu mengubati Covid-19.

Ubat yang digunakan untuk menghalang jangkitan cacing parasit dalam tubuh manusia dan haiwan itu semakin mendapat permintaan di farmasi di  seluruh negara.

“Buat masa ini, stok ubat cacing itu telah habis. Sebelum ini, kami jarang menambah stok ubat tersebut kerana tidak ramai yang membelinya,” kata seorang ahli farmasi di Bandung, Heri Hermawan.

Selain ubat cacing, Heri berkata, terdapat juga ubat-ubatan lain dan makanan tambahan yang menjadi permintaan orang ramai.

“Antaranya adalah vitamin C dan D serta oksigen.

“Kedua-dua stok vitamin masih ada, namun stok oksigen telah habis dan kami belum menerima bekalan baharu,” ujarnya. – AGENSI

Rakyat Berebut Cari Ubat Cacing Elak Dijangkiti Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


COVID-19: Jangan terburu-buru cuba guna Ivermectin

‘Mengarut’… Jangan Masak Pelitup Muka-Pakar komen dakwaan cacing halus pada pelitup muka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker