i-Citra : Pemuda UMNO kemuka cadangan tambahbaik
i-Citra : Pemuda UMNO kemuka cadangan tambahbaik
Pemuda UMNO kemuka 5 cadangan tangani keluh-kesah i-Citra
Pergerakan Pemuda UMNO mengemukakan lima cadangan penambahbaikan skim i-Citra selepas menerima banyak rungutan berkenaan pelaksanaan inisiatif itu.
Menurut Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, rakyat mendambakan keikhlasan kerajaan untuk membela nasib mereka yang kesempitan.
“Antara keluhan diterima termasuk dari golongan M40 yang mempunyai simpanan lebih RM100,000 yang amat terkesan kerana rata-rata mempunyai komitmen jauh lebih besar daripada B40, namun mengalami nasib serupa dengan pendapatan terjejas akibat terkurung tiga bulan,” katanya dalam hantaran di akaun media sosialnya pada Isnin.
Sehubungan itu, Asyraf Wajdi menggariskan lima cadangan beliau kepada kerajaan:
1. Polisi ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat untuk semua’ tidak wajar diaplikasikan, sebaliknya harus dibenarkan had pengeluaran dengan kadar lebih tinggi sehingga sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000 kepada pencarum yang ada baki simpanan RM100,000.
2. Benarkan pengeluaran secara ‘lump-sum’ RM5,000 berbanding pengeluaran berkala setiap bulan. Kaedah begini memberi lebih ruang untuk rakyat merancang sendiri dengan terbaik bagaimana simpanan mereka dapat dibelanjakan.’
3. Jika masih mahu berkala, pastikan bayaran pertama lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya. Sebagai contoh، sekurang-kurangnya RM2,000 bayaran pertama dibenarkan bagi membantu rakyat yang punya komitmen tertunggak bahkan amat terdesak kerana keadaan mereka lebih parah berbanding PKP 1.0 dahulu.
4. Benarkan akses ke Akaun 1 berbanding kaedah mengutamakan penggunaan Akaun 2 KWSP.
5. Permudahkan dan percepatkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui proses permohonan dan kelulusan yang panjang. Sebaik-baiknya 17 Julai ini proses pengeluaran pertama dibuat secara automatik bagi mereka yang berhajat.
Antara keluh-kesah yang turut diterima pihaknya termasuk berkaitan tempoh bayaran yang agak lewat iaitu pada Ogos, sedangkan rakyat kini terdesak memenuhi keperluan hidup ketika ini.
Justeru, kata beliau, Pemuda UMNO amat berharap kerajaan segera ambil serius penambahbaikan ini kerana situasi rakyat ketika ini amat mencemaskan dan membimbangkan. Awani
i-Citra : Pemuda UMNO kemuka cadangan tambahbaik
Baca Artikel Menarik :
- Empat kilang, 20 premis diarah tutup: Ismail Sabri
- Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?
- Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas [VIDEO]
- Foto seksi Azira Shafinaz jadi perhatian
- Resepi Daging Masak Rose viral
- Antara Covid-19 dan rebut kuasa
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.