Nazri kata Zahid takut jumpa MP UMNO

Nazri kata Zahid takut jumpa MP UMNO. Seorang ahli Parlimen UMNO mempersoalkan sikap Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah ‘takut’ untuk mengadakan pertemuan dengan 38 ahli Parlimen UMNO bagi membincangkan usul menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, taktik Ahmad Zahid memanipulasi sokongan ahli-ahli MKT bagi menukar ketetapan diputuskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 tempoh hari tidak akan berhasil kerana PAU adalah badan pembuat keputusan parti tertinggi berbanding MKT.

Jelas beliau, dalam konteks menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahmad Zahid tiada kuasa prerogatif untuk mengarahkan ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbuat demikian susulan keputusan pembentukan kerajaan sedia ada terletak pada tangan ahli Parlimen berkenaan serta langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT.

“Jadi, bila hendak tarik sokongan, mengapa dia takut hendak jumpa ahli-ahli Parlimen UMNO dan gunakan MKT untuk overrule keputusan PAU 2020?

“Nampak sangat tindakan terdesak Ahmad Zahid adalah ‘wayang’. Kesnya di mahkamah dalam peringkat pembelaan diri. Sepatutnya dia rehat sementaralah, selesaikan dahulu kes mahkamah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Nazri mahu Zahid berundur dan cadang Mat Hasan ambil alih kepimpinan Umno

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil pertemuan beberapa ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan pada malam Jumaat dan bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam PAU 2020 pada Mac lalu.

Berdasarkan persetujuan itu, kesemua ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

PAU 2020 antara lain menuntut supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Ahmad Zahid berjaya meyakinkan majoriti daripada 56 ahli MKT UMNO yang merupakan badan eksekutif parti itu bahawa perpisahan daripada PN perlu dilakukan sekiranya kata dua mereka kepada kerajaan PN tidak diendahkan.

Ditanya sama ada ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam Jumaat ada menandatangani surat aku janji atau surat akuan bersumpah (SD) bagi memeterai pendirian mereka, Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak tahu mengenainya.

Nazri kata Zahid takut jumpa MP UMNO

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sokong Anwar, 25 Ahli Parlimen BN ragu ‘ketelusan’ Zahid bertemu Agong – Nazri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker