Laporan Zarina Anjoulie terhadap polis wanita sedang disiasat

Laporan Zarina Anjoulie terhadap polis wanita sedang disiasat. Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dengan satu laporan yang telah dibuat oleh pelakon Zarina Anjoulie.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis dibuat pelakon itu berkenaan dakwaan imej gambarnya telah tersebar di media sosial dikatakan sedang berada di dalam bilik di bahagian siasatan jenayah narkotik IPD Nilai, Negeri Sembilan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseoran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998  kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, siasatan selari oleh pihak Jabatan Intergriti Dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan turut dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak PDRM memandang serius terhadap laporan yang dibuat pengadu serta tindakan tegas akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Justeru, PDRM menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan fakta isu ini dan memberikan ruang kepada PDRM menjalankan satu penyiasatan yang telus dan adil,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan membuat satu laporan polis dan akan mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita. -SM

Laporan Zarina Anjoulie terhadap polis wanita sedang disiasat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie minta RM5,000 untuk ditemu bual

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker