Zarina Anjoulie minta RM5,000 untuk ditemu bual

Zarina Anjoulie minta RM5,000 untuk ditemu bual

“No money no talk” – Zarina Anjoulie minta dibayar RM5,000 untuk ditemu bual

NAMA pelakon Zarina Anjoulie kembali ‘panas’ hari ini apabila didakwa selebriti wanita yang ditahan polis berhubung penyalahgunaan dadah.



Pihak media cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada empunya badan namun dipandang sepi oleh pelakon Anak Pontianak itu.

Terbaharu, menerusi entri yang dimuat naik di Instagram mlikinya, Zarina,34 telah meminta bayaran kepada wartawan yang mahu menemu bualnya.

“Salam pada para wartawan. Kalau nak temuramah saya, bayaran nya RM5000.

“Alang-alang kamu nak ‘pusing’ cerita, sekurang-kurangnya berbayar,” tulisnya.



Menerusi laporan URTV, seorang selebriti wanita ditahan kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing.



“Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Utv

Zarina Anjoulie minta RM5,000 untuk ditemu bual




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker