4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula
4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula. Dua tahanan berjaya ditemui semula selepas lebih lima jam melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata kedua-dua mereka dijumpai di kawasan hutan berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching.
Katanya, dua lagi tahanan masih diburu.
Terdahulu, katanya empat individu dipercayai tahanan reman telah melarikan diri dari penjara itu sekitar jam 6.10 petang
Kata Aidil kejadian itu disedari petugas penjara sebelum memaklumkan kepada pengawal.
“Setakat ini kita masih menunggu laporan lengkap mengenai butiran suspek yang melarikan diri.
“Terdapat empat tahanan telah lari dalam kejadian ini, dua daripadanya berjaya ditemui,”katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam ini.
Menurut Aidil, gerakan mencari termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) telah dilaksanakan sejak jam 7 malam tadi bagi mengesan semua mereka.
4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula
Baca Artikel Menarik :
- Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah
- ‘Burnout’ mungkin ancaman kluster baharu
- Neelofa agih set kelengkapan jenazah dan keranda
- Amyra Rosli dikecam menunjuk-menunjuk makan durian
- Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam
- COVID-19: Jawa, Bali diisytihar darurat
Layari Laman Facebook MYKMU
Pegawai Adun Templer dari Amanah halau wanita minta bakul makanan
You must be logged in to post a comment.