Alyssa Dezek gementar digandingkan dengan Azwan

Alyssa Dezek gementar digandingkan dengan Azwan

Nama penyanyi dan pelakon cilik, Alyssa Dezek pernah menjadi tular tiga tahun lalu gara-gara single berjudul Lagu Untuk Kamu meraih jumlah tontonan 105 juta menerusi saluran YouTube dalam tempoh 11 bulan.

Kejayaan diraih Alyssa turut membawa tuah apabila berjaya membolosi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, malah anak sulung daripada dua beradik itu turut mencuri perhatian apabila berjaya membeli kereta idaman berharga lebih RM250,000 pada usia muda.



Begitulah hebatnya penangan single Lagu Untuk Kamu dalam kerjaya seni pemilik nama sebenar, Aryanna Alyssa Dezek ini.

Bagaimanapun, kejayaan single pertamanya itu tidak pernah memberi sebarang tekanan untuk penyanyi remaja berusia 15 tahun ini.

Alyssa berkata, dia lebih selesa bersikap realistik dan tidak pernah meletak harapan tinggi untuk meraih kejayaan sama setiap kali muncul dengan buah tangan baharu.

“Sudah tentu saya teruja kerana sehingga kini single Lagu Untuk Kamu berjaya meraih jumlah tontonan lebih 200 juta. Bagaimanapun, kalau ditanya saya tak pernah nak jangka apa-apa untuk single baharu berjudul Faham Tak yang dilancar awal tahun ini.



“Saya cuma harap peminat suka dan dapat terima karya dengan baik kerana liriknya ada kena mengena dengan kehidupan remaja. Biasalah, pada usia sebegini kita mesti akan berdepan dengan situasi orang tua akan mengekang minat dan kecenderungan.

“Contohnya, kalau minat K-Pop, mesti akan ada halangan. Jadi, single Faham Tak memang ada kaitan dengan golongan remaja.

“Lagu ini juga ada kena mengena dengan kisah hidup saya, terutama bahagian lirik ucapan terima kasih kerana itu memang ditujukan kepada ibu bapa, keluarga dan peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran video muzik single Faham Tak di ibu negara, baru-baru ini.

Single Faham Tak dirakam Alyssa dua tahun lalu, namun terpaksa diperap berikutan lirik asalnya terpaksa dirombak untuk disesuaikan dengan melodi.



Berkongsi mengenai pembikinan video muzik single ciptaan bersama Acap Salim, Faizal Tahir, Glow Rush, Mike Chan dan Nick Ariff itu, Alyssa meluahkan rasa gementar apabila dimaklumkan bakal berlakon bersama pengacara sensasi, Azwan Ali.

Bagaimanapun, rasa takut dan paranoid hilang apabila mendapati Azwan baik hati dan banyak memberi nasihat kepadanya.

“Idea untuk pelawa Tok Wan (Azwan) terbabit dalam video muzik ini dicetuskan pasukan produksi. Kebetulan beliau popular dengan frasa ‘kau sekolah tak? dan ‘kau faham tak?… Sama dengan judul lagu saya.

“Ketika hendak jumpa Tok Wan berbincang mengenai projek ini, rasa takut juga. Selepas berlakon bersama, ternyata beliau sangat baik orangnya.



“Tok Wan beri nasihat saya kena sentiasa rendah diri dan hormat mereka yang lebih tua serta berpengalaman,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Alyssa turut memaklumkan bakal mengembangkan sayapnya ke negara jiran iaitu Indonesia untuk merakamkan lagu.

“Untuk single ini, saya akan berduet dengan penyanyi Indonesia, Maulana. Usia kami sebaya. Insya-Allah, saya akan terbang ke Indonesia pada hujung tahun ini,” cerita Alyssa dalam nada teruja.

Alyssa mula dikenali selepas menyertai program Ceria All Star pada usia tujuh tahun dan kemudiannya menyertai menyertai program Ceria Mega Star pada 2018.



Sejak ditayangkan di YouTube 24 Ogos lalu, video muzik rasmi Faham Tak sudah meraih lebih 60 ribu jumlah tontonan. BH

Alyssa Dezek gementar digandingkan dengan Azwan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker