Neelofa agih set kelengkapan jenazah dan keranda
Neelofa agih set kelengkapan jenazah dan keranda
TUMPAT: Sejumlah kelengkapan pengurusan jenazah bernilai hampir RM50,000 termasuk 100 set keranda diagihkan oleh usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor kepada golongan asnaf di seluruh negara bermula Rabu.
Sinar Harian melaporkan, sumbangan disampaikan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa untuk membantu meringankan bebanan dihadapi mereka dalam urusan pengebumian jenazah.
Neelofa yang juga pengerusi pertubuhan itu berkata, sebagai permulaan 200 set keperluan jenazah untuk asnaf disampaikan menerusi Pondok Maheliah.
“Set keperluan jenazah ini akan digunakan bagi tujuan pengurusan jenazah golongan asnaf di kawasan Kota Bharu, Tumpat, Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu dan Pasir Mas.
“Sumbangan juga akan membantu usaha murni pihak Pondok Maheliah yang menyediakan perkhidmatan menguruskan jenazah asnaf secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita, pada Khamis.
Sebelumnya, Pegawai Tugas-tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu, Nezalani Nawi menyerahkan set kelengkapan jenazah kepada Pondok Maheliah diwakili oleh Mohd Fadhli Mamat.
Hadir sama, Pengurus besar Pertubuhan Kasih Neelofa, Tina Noor Mohamed.
Kata Neelofa, set kelengkapan itu antara lainnya merangkumi set pengurusan jenazah perempuan, set pengurusan jenazah lelaki, set keranda dan kain pelekat yang kesemuanya berjumlah RM41,900.
“Diharapkan bantuan set kelengkapan jenazah ini dapat memudahkan dan melancarkan urusan pengebumian masyarakat setempat yang kurang berkemampuan.
“Kami juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang berinfaq kepada Pertubuhan Kasih Neelofa,” katanya. Awani
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU
Zarina Anjoulie nak saman pegawai polis wanita
You must be logged in to post a comment.