Awni Eldous raih 1.6 juta pengikut selepas dibunuh Zionist

Awni Eldous raih 1.6 juta pengikut selepas dibunuh Zionist

Seorang pemain video kanak-kanak Palestin berjaya meraih perhatian yang diimpikan di saluran Youtube selepas kematiannya.

Awni Eldous yang bercita-cita menjadi pemain video terkenal merupakan antara kanak-kanak Palestin terawal yang maut akibat serangan udara Israel di Gaza pada 7 Oktober lalu.



Selepas berita kematian Awni dan keluarganya tersebar, warganet seluruh dunia yang terkesan dengan kejadian itu berusaha menunaikan hasratnya kanak berusia 12 tahun itu untuk melihat saluran Youtube miliknya menerima lebih satu juta pengikut.

Ibu saudaranya, Ala’a, berkata, Awni merupakan seorang budak lelaki yang ceria, yakin dan suka membantu orang lain.

Ramai ahli keluarga turut menggelarnya ‘jurutera Awni’ kerana minatnya terhadap komputer.

Warga net menyifatkan gamer cilik itu sebagai simbol kehilangan besar bakat kanak-kanak di Semenanjung Gaza.



“Tolong maafkan kami. Saya harap kami kenal awak lebih awal sebelum awak pergi,” tulis seorang warga net di ruang komen salah satu video Awni.

Awni memulakan saluran Youtube pada Jun 2020 dengan memuat naik videonya bermain Pro Evolution Soccer, permainan perlumbaan kereta Blur dan Counter-Strike.

Saluran Youtube itu awalnya meraih 1,000 pengikut namun kini sudah melonjak sehingga 1.6 juta selepas video rakaman ucapan Awni memegang mikrofon dengan senyuman lebar menyampaikan impiannya memperoleh satu juta pengikut tular di media sosial.

Gamer terkenal Kuwait, AboFlah turut memuat video penuh emosi yang kini ditonton lebih sembilan juta kali, memaparkan beliau menangis sambil menunjukkan mesej yang pernah dihantar Awni kepadanya di laman Youtube.



Awni bersama semua adik beradiknya dan ibu bapanya terbunuh dalam letupan di kediaman mereka tetapi saudara maranya yang terselamat berkata, mereka berbangga dengan kemasyhuran yang diterima kanak-knak itu selepas kematian.

“Ini adalah anugerah daripada Tuhan yang menyebabkan ramai orang di seluruh dunia menyayangi Awni,” kata Ala’a. Utusan

Awni Eldous raih 1.6 juta pengikut selepas dibunuh Zionist

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker