Pakatan Harapan perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa mengenai kenaikan 40% – 50% harga simen.

Pakatan Harapan perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa mengenai kenaikan 40% – 50% harga simen.

Kenaikan mendadak ini bukan sahaja akan membuatkan syarikat-syarikat kontraktor awam dan swasta yang terikat dengan harga tetap kontrak berdepan risiko muflis serta kerugian besar, tetapi juga akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menjejaskan projek-projek kediaman mampu milik yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini. Adakah harga rumah ini akan dinaikkan? Atau ianya akan diserap oleh kerajaan seterusnya menambahkan lagi hutang negara yang kini sudahpun meningkat RM100 bilion sejak PH mengambil alih Putrajaya.

Kebanyakan pengamal media turut melaporkan bahawa pemain-pemain dalam industri dan pembekal simen telah mengesahkan mengenai kenaikan harga yang ketara ini.



Sesetengah daripadanya turut mempersoalkan sama ada kenaikan mendadak ini adalah disebabkan faktor pengambil-alihan La Farge oleh pengeluar simen yang lain serta pengumuman mengenai hasrat pembelian pengeluar simen iaitu Tasek Cement oleh sebuah konglomerat menjadikannya sebagai entiti swasta, seterusnya mengurangkan ruang saingan serta membangkitkan persoalan berhubung ketelusan dalam penetapan harga.

Sekiranya kenaikan ini berpunca daripada tangan-tangan ghaib untuk mendapatkan kuasa monopoli, maka kerajaan PH seharusnya menggunakan Akta Persaingan 2010 yang diperkenalkan oleh kerajaan BN terdahulu untuk menghentikan atau mengurangkan kenaikan harga yang tidak munasabah ini.

Wee Ka Siong



Related Articles

One Comment

  1. Harga Simen naik , harga getah dan sawit turun tidak akan menjadi Isu penting buat kerajaan masakini . Itu semua act of the nature atau the will of God , Kata mereka .

    Perkara Utama mereka adakah benar menteri mereka meliwat . Kerana yang diliwat telah mengaku dia benar benar diliwat . Tukang liwat sudah nafi tapi belum bersumpah , kerana mustahil utk dia bersumpah .

    Kerajaan Kita very busy sekarang . Bukan main main . Simen ke , getah ke atau sawit semua hal remeh temeh .

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker